Ticker

6/recent/ticker-posts

Gaji 2025 : Tarikh dan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat awam

Setiap tahun tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam berubah mengikut kalendar dan jadual yang telah ditetapkan Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) namun prinsip asasnya tetap sama memastikan penjawat awam menerima gaji mereka tepat pada waktunya. Tarikh dan jadual pembayaran gaji penjawat awam 2025 ini dikeluarkan adalah bagi memudahkan penjawat awam  merancang perbelanjaan setiap bulan dengan teratur. Selain itu, tarikh pembayaran gaji juga boleh di pengaruhi oleh perayaan besar Sebagai contoh jika tarikh pembayaran gaji jatuh pada hari perayaan maka pembayaran mungkin dilakukan lebih awal.

Gaji 2025 : Tarikh dan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat awam

Baca juga : Takwim-Persekolahan-dan-Cuti-2025-dan-2026

Tarikh Pembayaran Gaji

Bagi tahun 2025, pembayaran gaji penjawat awam di Malaysia akan dilakukan pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan mengikut jadual yang disusun oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pembayaran gaji ini adalah untuk memastikan setiap penjawat awam menerima hak mereka dengan tepat pada masanya. Berikut adalah tarikh-tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2025:

Gaji 2025 : Tarikh dan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat awam

Berikut Tarikh pembayaran gaji dalam bentuk ringkas :

  • Januari: 22 Januari 2025
  • Februari: 25 Februari 2025
  • Mac: 24 Mac 2025
  • April: 24 April 2025
  • Mei: 22 Mei 2025
  • Jun: 25 Jun 2025
  • Julai: 24 Julai 2025
  • Ogos: 25 Ogos 2025
  • September: 25 September 2025
  • Oktober: 16 Oktober 2025
  • November: 20 November 2025
  • Disember: 18 Disember 2025


  • Kesimpulan

    Pembayaran gaji yang tepat waktu yang telah ditetapkan adalah penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan penjawat awam, serta memudahkan dalam perancangan kewangan peribadi penjawat awam. 

    Baca juga :

    Catat Ulasan

    0 Ulasan