Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiktok : Panduan Login Seller

Tiktok merupakan satu aplikasi yang ramai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, tiktok menjadi platform yang digunakan oleh pengguna untuk membuat, berkongsi dan menonton video pendek. Tiktok juga digunakan untuk berniaga melalui tiktok seller. Tiktok Seller merujuk kepada individu yang menggunakan aplikasi tiktok untuk melakukan jual beli produk mereka. Pengguna tiktok menggunakan kelebihan populariti aplikasi tiktok untuk mempromosi jual beli barang. Kebiasannya Tiktok seller akan menggunakan video pendek yang kreatif bagi mempromosikan produk jualan mereka dan menggunakan platform live untuk jual beli produk.

Tiktok seller


Baca juga : resepi-laksam-mudah-dan-berkilat

Isi Kandungan

1. Panduan Daftar TikTok Seller Malaysia

2. Kelebihan TikTok Shop

3. Kesimpulan

Panduan Daftar Tiktok Seller Malaysia

panduan daftar tiktok seller


Untuk menjual sesuatu produk seseorang pengguna tiktok perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh tiktok. 

  • Syarat pertama adalah pengguna tiktok perlu mempunyai 1000 pengikut dan mesti berumur 18 tahun ke atas.
  • Syarat kedua adalah pengguna yang tidak mempunyai seribu pengikut perlu memasang aplikasi tiktok seller bagi membolehkan ia menjual produk.

Bagi yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh tiktok, maka anda bolehlah mendaftar akaun Tiktok Shop melalui pautan ini https://seller-my.tiktok.com/account/register. Rujuk gambar dibawah

Tiktok Seller
  • Mempunyai Akaun Tiktok
  • Pastikan Nombor telefon, alamat emel dan kata laluan di isi dengan betul bagi tujuan pendaftaran.
  • Pilih sama ada ingin mendaftar sebagai syarikat atau perniagaan sendiri.
  • Bagi pengguna Tiktok yang melakukan penjualan produk penjual mestilah melengkapkan borang permohonan dan melampirkan dokuman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat.
  • Selepas melengkapkan semua butiran yang dimana pemohon perlu menunggu jawapan selama 1 hingga 2 hari bekerja bagi tujuan pengesahan maklumat pemohon.
  • Selepas permohonan pemohon berjaya, pemohon sudah boleh melakukan jualan produk di akaun tiktok.

Kelebihan Tiktok Shop

Terdapat banyak kelebihan pengguna yang menggunakan platform tiktok shop untuk melakukan jual beli produk. Berikut merupakan kelebihan tiktok shop : 
  • Tiktok shop merupakan platform yang mempunyai ramai pengguna yag sesuai untuk menjual produk.
  • Penjualan dan promosi produk boleh dilakukan secara serentak.
  • Tidak perlu melakukan promosi jualan setiap hari kerana barang jualan sudah berapa di beg kuning atau di shop tiktok akaun.
  • Pengguna Tiktok yang ramai mampu meningkatkan jualan produk melalui promosi dan live.
  • Tiktok Shop menawarkan banyak kelebihan kepada pembeli sebagai contoh penghantara percuma dan diskaun harga.

Kesimpulan

Tiktok seller merupakan platform terbaik bagi penjual untuk menjual produk kerana aplikasi tiktok mempunyai ramai pengikut dan cara penyediaan video pendek bagi produk mampu menarik minat pembeli serta banyak promosi yang ditawarkan oleh tiktok terutamanya penghantaran percuma dan diskaun harga.

Baca juga :



Catat Ulasan

0 Ulasan