Puasa sunat merupakan puasa tambahan yang dilakukan oleh umat islam dan ia merupakan puasa yang dituntut oleh islam serta mempunyai ganjaran pahala bagi yang melakukanya. Puasa sunat isnin dan khamis merupakan puasa yang dilakukan pada hari isnin dan khamis serta ia yang digalakkan dalam islam. Puasa sunat isnin dan khamis ini sama seperti puasa ramadan iaitu menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Baca juga : niat-puasa-ganti-ramadan-lafaz-dan-hukum
Telegram : https://t.me/info agama
Niat
Niat merupakan niat atau tujuan dalam hati seseorang untuk melakukan ibadah puasa. Niat penting dalam agama islam dalam melakukan sesuatu ibadah. Berikut merupakan niat puasa isnin dan khamis
Niat Puasa Hari Isnin
Niat Puasa Hari Khamis
Kelebihan Puasa Sunat
Terdapat banyak kelebihan bagi umat islam yang melakukan puasa sunat hari Isnin dan Khamis
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah - dengan melakukan puasa sunat isnin dan khamis ia dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan dapat menahan nafsu daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.
- Mengawal Nafsu - dengan berpuasa ia dapat mendidik nafsu seseorang melakukan nafsu jahat dan dapat meningkatkan nafsu baik ke arah mendekatkan diri kepada Allah.
- Mendapat ganjaran pahala - Sesiapa yang melakukan puasa akan mendapat pahala dan puasa yang afdal adalah puasa setiap hari isnin dan khamis secaraa tidak langsung dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
- Membersih Jiwa - dengan berpuasa ia dapat membersih jiwa kerana selama berpuasa seseorang dianjurkan untuk tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang menyakiti orang.
- Hari isnin dan Khamis merupakan amalan yang akan dibentangkan dan diperiksa
0 Ulasan