Solat Subuh merupakan solat yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam. Solat subuh merupakan salah satu solat daripada lima solat waktu dimana solat subuh dilakukan pada waktu pagi sebelum matahari terbit. Solat subuh tidak boleh ditinggalkan kerana solat merupakan rukun islam kelima yang wajib ditunaikan dan berdosa besar meninggalkan solat subuh dan solat lima waktu yang lain.
Waktu Solat Subuh ialah bermula ketika fajar shadiq atau ketika terlihatnya cahaya putih di ufuk timur dan berakhir ketika matahari terbit. Bagi umat islam untuk melaksanakan solat subuh perlu bangun daripada tidur malam tepat pada waktu dan seeloknya perlu membersihkan diri supaya kotoran waktu tidur tidak membatalkan solat seseorang itu.
Telegram https://Soal Jawab Agama Islam
Pengenalan Solat Subuh
Subuh juga dikenali sebagai fajar kerana subuh dan fajar mempunyai maskud yang sama. Maka tiada bezalah diantara Solat Subuh dan Solat waktu fajar kerana keduanya membawa maksud yang sama.
Niat Solat Subuh
Niat merupakan salah satu rukun solat daripada tiga rukun solat yang wajib dilakukan ketika menunaikan solat. Sekirinya solat tanpa niat maka sia - sia solat dan solat tidak sah apabila tertinggal satu rukun solat. Niat dilafazkan dalam hati namun lafazkan niat dengan lidah bagi menhadirkan rasa kusyuk adalah dibolehkan mengikut pendapat yang masyhur dalam mazhab syafie. Niat Solat Subuh
Bilangan Rakaat
Panduan Solat Subuh
Bacaan Doa Qunut yang Betul
- Ya Allah tunjukanlah aku sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk.
Dan sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.
- Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin.
Dan berkatilah hendaknya untuku apa-apa yang telah Engkau berikan kepada-KU.
- Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripang Engkau - Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMU.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi
- Telah memberi berkat Engkaulah oh Tuhan dan Maha Tinggi Engkau
Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa - apa yang telah Engkau tetapkan.
Aku Meminta Ampun dan bertaubat kepada Engkau. - Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan nabi kami
Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabatnya.
0 Ulasan