Ticker

6/recent/ticker-posts

Solat Hajat : Hukum, Cara dan Niat

Solat Hajat ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh umat islam dalam memohon doa dengan Allah SWT. Solat hajat boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah. Bagi hajat khusus kita kebiasaanya akan melakukan solat hajat secara bersendirian manakan solat hajat berjemaah ini dilakukan untuk peperiksaan, mengelak bencana dn kemarau. Selain itu,  Selain melakukan solat hajat umat islam juga dianjurkan untuk berdoa dalam memohon sesuatu hajat sebagai perantara antara kita dengan Allah SWT.

Solat hajat ini boleh dilakukan pada bila - bila masa sahaja dan tiada masa yang khusus untuk melakukan solat hajat ini. Namun waktu paling afdal melakukan solat sunat hajat ialah sepertiga malam terakhir sekitar anggaran waktu pukul satu pagi hingga 5 pagi.

Baca juga : bacaan al-fatihah dengan betul
Telegram : https://himpunan doa

solat hajat

Hukum Melakukan Solat Hajat

Para ulama berbeza pendapat berkaitan hukum menunaikan solat hajat. ini disebabkan dalil yang dijadikan hujah bagi isu solat hajat ini menjadi perselisihan bagi status hukumnya kerana ada sebahagian ulama mengatakan status hadis tersebut dhaif maka ia tidak boleh dijadikan hujah dalam pensyariatan solat hajat. Namun sebahagian ulama berpendapat ia boleh dilakukan kerana ia temasuk dalam fadhail al a'maal. Maka hukum melakukan solat hajat sunat dan dibolehkan kerana ia termasuk didalam bab fadhail al a'maal.

Langkah - Langkah Melakukan Solat Hajat

Berikut merupakan langkah - langkah yang perlu dilakukan semasa melaksanakan solat hajat:

  1. Niat
  2. wudhuk
  3. Rakaat
  4. Bacaan surah
  5. Doa hajat

1) Niat 
  •     Berikut merupakan lafaz niat solat hajat

أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعاَلَى
Sahaja aku melakukan solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

2) Wudhuk
  •    Sebelum melakukan Solat hajat seseorang wajib mengmbil wuduk terlebih dahulu.
3) Rakaat
  •    Bilangan rakaat bagi solat sunat hajaat ialah dua rakaat sahaja.
4) Bacaan Surah
  • Dalam melakukan solat hajat, tidak dinyatakan untuk membaca surah - surah tertentu maka dibolehkan untuk membaca mana - mana surah yang lebih mudah diingati ketika solat selepas membaca surah Al Fatihah. 
5) Doa
  • waktu untuk doa hajat juga tidak dinyatakan secara spesifik maka kita dianjurkan untuk berdoa ketika melakukan solat hajat pada sujud terakhir solat hajat tersebut. Ini kerana, sujud disifatkan oleh Nabi S.A.W sebagai keadaan paling hampir seorang hamba itu dengan tuhannya, maka perbanyakkanlah doa semasa sujud.


Niat Solat Hajat

Niat Solat hendaklah dilakukan sebelum menunaikan Solat dan dilakukan dengan penuh kesedaran dan kusyuk. Niat Solat tidak boleh dilakukan semasa dan selepas solat. Niat solat sangat penting kerana merupakan salah satu rukun solat yang harus dilakukan oleh umat islam sebelum memulakan solat. Berikut merupakan Lafaz Niat Solat Hajat dengan Betul :

Solat Hajat

Wirid Selepas Solat

Merupakan amalan zikir yang dilakukan selepas solat. Amalan wirid ini merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW yang bertujuan memperkuatkan lagi hubungan dengan Allah. Berikut merupakan wirid yang boleh di amalkan.


Solat Hajat


Doa Selepas Solat

Kita sangat dianjurkan untuk berdoa kepada ALLAH SWT bagi menunjukkan rasa rendah diri kepada ALLAH SWT dan memohon sesuatu kepada ALLAH. Doa boleh dilakukan pada bila - bila masa. Berikut merupakan doa yang boleh dibaca selepas solat hajat : 

Solat Hajat



Maklumat Lain :


Catat Ulasan

0 Ulasan