Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024/2025 KPM boleh dilakukan bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2023 melalui atas talian.
Untuk makluman ibu bapa, bagi yang mendaftarkan anak bersekolah Tahun 1 pada 2024 dan 2025, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Baca juga : https://www.awekbawang.com/2022/11/mysps-kpm-apdm-ibu-bapa.html
Berikut dikongsikan cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 melalui permohonan online.
Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
- Bagi Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
- Bagi Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019
Telegram : https://t.me/didik2u
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mei 2023
- Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2023
- Tarikh Rayuan : Akan dimaklumkan
- Keputusan Rayuana : Akan dimaklumkan
Peringatan !!
Makluman kepada Ibubapa atau penjaga, modul pendaftaran Tahun 1 di https://idme.moe.gov.my/login akan dibuka bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2023
Sebarang persoalan berkaitan pendaftaran tahun 1, mohon ibubapa/penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Klik Daftar Pengguna
- Pilih Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, sila klik butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE
Muat turun Panduan Pendaftaran Tahun 1 melalui idme moies KPM
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan
- Semakan Penempatan pada : 1 Ogos 2023
- Permohonan rayuan dibuka bermula : 1 Ogos hinnga 30 Ogos 2023
- Semakan keputusan rayuan : 1 Oktober 2023
Peringatan!!
Rayuan hanya boleh dibuat melalui online sahaja dan tiada secara manual.
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan
Baca juga :
0 Ulasan