Ticker

6/recent/ticker-posts

Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM

Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM

Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM

Kepada semua Guru sekolah dan Kolej Vokasional KPM yang ingin memohon perpindahan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Perkeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2021 dan Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM.

Telegram : t.me/didik2u
Baca juga takwim-persekolahan-dan-cuti-sekolah-2022

Untuk Pengetahuan Guru Sekolah dan Kolej Vokasional KPM, segala urusan pertukaran guru ia diurus oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Garis Panduan Permohonan Pertukaran yang baharu ini mampu membaiki kekurangan sistem pertukaran sebelum ini.

Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM ini telah diluluskan pada 6 julai 2021 dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 25/2021 bagi membaiki kekurangan sistem pertukaran guru yang sedia ada.

Permohonan pertukaran boleh dilakukan di link ini

Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah Dan Kolej Vokasional KPM ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2021


Muat Turun Garis Panduan Permohonan Pertukaran PPP Di Sekolah dan Kolej Vokasional KPM

Prinsip Asas Pertukaran

Tiga (3) prinsip asas yang perlu dipenuhi bagi pertimbangan kelulusan permohonan pertukaran PPP :

  • Kekosongan Jawatan
  • Keperluan Opsyen
  • Kepentingan dan Keperluan Kepentingan

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang di Kecuali 3 Tahun

Pemohon pertukaran juga boleh memohon pertukaran berdasarkan kriteria dibawah :

  • Kategori 1 : Kesihatan
  • Kategori 2 : Keselamatan
  • Kategori 3 : Pasangan Suami/Isteri Berjauhan
  • Kategori 4 : Lain - lain

Berikut Merupakan Tatacara Pertukaran Atas Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

  • Semua permohonan pertukaran perlu dibuat secara dalam talian melalui Modul e-GTukar
  • Permohonan pertukaran dibuka sepanjang tahun
  • Tempoh sah permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh permohonan
  • Pertukaran PPP yang menyandang jawatan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Tingkatan 6 di sekolah atau kolej vokasional dilaksanakan sepanjang tahun
  • Pertukaran PPP kecuali seperti yang dinyatakan di para (iv) di sekolah atau kolej vokasional dilaksanakan mengikut sesi penggal persekolahan
  • Maklumat permohonan pertukaran PPP perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dalam Modul e-GTukar
  • Maklumat permohonan pertukaran Pengetua/Guru Besar perlu disahkan oleh Ketua Jabatan dalam Modul e-GTukar

Catat Ulasan

0 Ulasan