TIPS PERSEDIAAN TEMU DUGA PANGGILAN KHAS GURU KONTRAK DG-41 (ONE-OFF) TANPA IKHTISAS
Pada 28 Oktober 2021 Semakan Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Guru Contract Of Service telah di umumkan dan calon yang berjya melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) akan di panggil bagi sesi temuduga bermula 1 november - 14 november 2021. Untuk Semakan UCKG klik disini
Telegram : //t.me/pengambilan_khas_guru
Baca Juga : tips-etika-pemakaian-ketika-temuduga-guru
TIPS PERSEDIAAN TEMU DUGA PANGGILAN KHAS GURU KONTRAK DG-41 (ONE-OFF) TANPA IKHTISAS
Sebelum Hari Temu duga:
1) Perbetulkan niat, pastikan anda mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pendidikan. Jika tidak, anda telah meranapkan impian beribu calon lain yang lebih berkelayakan daripada anda. Abaikan kata-kata negatif daripada orang sekeliling. “You know who you are !”
2) Lengkapkan dan sahkan borang yang perlu disediakan (buat 2 kali semakan supaya tidak terlepas pandang). Cop pengesahan boleh disahkan pegawai kerajaan gred jawatan 41 ke atas / ketua kampung dll.
2) Sediakan resume yang lengkap (maksimum 2 halaman). Boleh gunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya kandungan dalam resume dimuatkan dengan gambar profil yang jelas (terkini), latar belakang pendidikan tertinggi, kemahiran tambahan, pencapaian tertinggi kokourikulum, anugerah peringkat tertinggi (terkini), pengalaman bekerja (jika pernah bekerja sebagai guru dalam tempoh singkat juga digalakkan) dan orang sumber sebagai rujukan (pensyarah/ majikan terkini)
3) Banyakkan membaca tentang opsyen yang dipilih, latar belakang sistem pendidikan negara, dasar pendidikan negara terkini, perkembangan pendidikan negara, teknik mengajar menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) secara atas talian seperti Kahoot, Quzizz, Jamboard, Canva, Liveworksheet dll.
4) Pilih satu topik yang mudah dan senang untuk disampaikan semasa pengajaran olok-olok (mock teaching).
5) Sediakan slaid yang menarik dan ringkas termasuk objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan (sangat penting).
6) Bersedia dengan soalan KBAT yang akan ditanya oleh panel. Contoh soalan: Bagaimanakah cikgu dapat mengawal keadaan kelas yang bising ? / Bagaimanakah cara kamu membantu pelajar yang lemah di dalam kelas ? / Berikan pendapat kamu tentang kewujudan Hang Tuah. (Jangan diam ! Jawab je sebab soalan KBAT kan..)
Semasa hari temu duga:
1) Memakai pakaian yang formal (kemeja atau baju kurung berwarna lembut seperti warna biru cair, putih atau kelabu cair, tali leher, baju kot jika ada, tag nama)
2) Kamera perlu jelas dan terang (berdiri tegak dan nampak separuh badan dari lutut hingga kepala) + buat uji lari lebih awal sebelum sesi temu duga dijalankan supaya tidak berlaku sebarang masalah teknikal + suara perlu lantang dan jelas sebagai seorang guru.
3) Jual diri anda sewaktu memperkenalkan diri. Ceritakan kebolehan yang anda miliki. Wajib tahu gelaran yang disandang oleh ahli panel: Tuan/Puan/Dr./ Dato/Datin/ Tan Sri). (Masa saya ada 2 orang panel terdiri daripada seorang guru cemerlang & seorang bekas PTD dengan gelaran Dato'). Sebut nama panel sewaktu perkenalkan diri anda. Tunjukkan sikap profesionalisme anda sebagai seorang guru. Gunakan masa yang diberi dengan baik.
4) Nyatakan hasrat (big why) kenapa anda memilih menjadi seorang guru. Pilih jawapan paling ikhlas. Anda perlu tahu tugas seorang guru bukan sahaja mendidik tetapi merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah termasuklah kerja-kerja pentadbiran, pengurusan pelajar dll.
4) Semasa melakukan mock teaching, sediakan induksi pengajaran dan libatkan interaksi dua hala dengan calon lain termasuk ahli panel.
5) Lakonkan situasi mengajar seperti berada di dalam bilik darjah. Sediakan BBM yang menarik.
6) Tutup pengajaran dengan baik. (Buka soalan dan maklum balas kepada calon lain)
7) Jika panel membuka soalan sebelum sesi tamat, anda digalakkan bertanyakan soalan menunjukkan anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon. (Contoh: Maaf bertanya, bolehkah saya tahu bila tarikh pengumuman keputusan temu duga ini ?)
Semoga perkongsian ini dapat memudahkan calon yang akan ditemu duga kelak. Saya mendoakan kalian berjaya melepasi sesi temu duga dengan jayanya nanti. Maaf jika terdapat kekurangan dalam perkongsian ini
Baca Juga :
Sumber : Cikgu Adib Ismail
0 Ulasan