Ticker

6/recent/ticker-posts

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)


Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)


Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)

Resipi Nasi Kuning Gulai Ikan Aya (Tongkol)



Nasi Kuning merupakan resepi legend di negeri Terengganu dan pada kini, sukar untuk ditemua disini dikongsikan resepi nasi Kuning Gulai Ikan Aya.

Telegram //t.me/Masakan_Terengganu baca resepi ini Resepi nasi lemak

Bahan - bahannya ialah

1. Beras Basmathi- 4 cawan (direndam 40 minit dan ditoskan)
2. Rempah 4 sekawan
4. 3 biji Bawang putih (dimayang)
5. 5 biji Bawang merah (dimayang nipis2)
6. 1 inci Halia (dihiris nipis)
7. 4 helai Daun pandan
8. Kiub ayam 1 kiub
9. Garam secukup rasa
10. 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit ( tujuannya untuk warna kuning) atau pewarna kuning
11. 1 senduk Susu cair (resipi asal tidak letak susu cair tetapi air sahaja )
12. Kismis pilihan sahaja tiada tak pa
13. 2 sudu besar Marjerin
14. 1 sudu besar Minyak masak

Cara - cara membuatnya:

  • Saya gunakan periuk elektrik
  • masukkan minyak dan marjerin dan panaskan
  • Apabila panas masukkan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan 4 skwan
  • Tumis sampai naik bau dan selepas itu masukkan air dan tunggu hingga mendidih
  • Masukkan kiub ayam, serbuk kunyit dan susu cair (kacau masukkan beras basmathi kacau)
  • Masukkan garam dan kismis kacau rata masak nasi mcm biasa.
  • Bila nasi masak (kacau perlahan dan balik2kan nasi)
  • Tunggu lagi 20 minit untuk nasi kering sepenuhnya.
  • Siap utk dihidang.

Resipi Gulai Ikan Aya

1. Ikan Aya 800g direbus hingga masak (masukkan sekali asam keping dan garam)
2. Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
3. 3 sudu besar Cili giling
4. Rempah Cap Bunga Rose
- 3 sudu besar rempah gulai
- 1 sudu besar rempah masak
5. Rempah 4 sekawan
6. Minyak masak
7. 3 keping Asam keping
8. 1/4 keping Gula melaka (ikut citarasa)
9. 15 biji Cili Thai
10. Garam secukup rasa
11. Perasa
12. Belacan (optional)
13. 1 biji kelapa tua (Santan)

Cara - cara membuatnya:

  • Panaskan periuk dgn minyak(minyak lebih sikit utk tumisan)
  • Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan santan (kacau smpai pecah minyak) peringatan kena selalu kacau supaya santan tak berketul
  • Apabila santan dah pecah minyak cantik (warna merah)
  • Masukkan air rebusan ikan (kacau biar mendidih)
  • Masukkan bahan kisar kacau
  • Masukkan rempah cap bunga rose, rempah 4 sekawan dan kacau lagi
  • Masukkan gula melaka..garam biar mendidih atas api sederhana dalam 1 jam
  • kemudian baru masukkan ikan, didih dgn api kecil hingga kuah jadi pekat dan warna nmpak kemerah - merahan (bolehlah tambah garam atau perasa,asam keping, belacan dan masukkan cili
  • Didihkan dgn api kecil dlm 1 jam 30 minit lagi (lagi lama masak kuah lg sedap..klau kuah pekat sangat boleh tmbah air)
Resipi acar timun
  • 2 biji Timun batang
  • 1 biji Lobak merah
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 biji Lada besar
  • Halia 1 inci ( hiris nipis)
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
Cara membuatnya:
  • Timun dan lobak yang dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup) basuh dan toskan
  • Kemudian campurkan sekali dgn segala bahan diatas (gaul rata)
  • Masukkan cuka, garam dan gula.siap untuk dihidangkan.
Baca juga

sumber : Mualidi Ramli

Catat Ulasan

0 Ulasan