Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru

10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru

10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru

Pada 7 Julai ini akan dibuka permohonan pengambilan khas guru secara one-off seramai 18702 ribu guru. Pengambilan ini akan di ditempatkan pada bulan oktober dan akan ditempatkan di negeri yang mempunyai masalah kekurangn guru seperti sabah, sarawak, johor dan selangor. Dengan pengambilan ini diharapkan ia mampun menampung kekurangan guru di sekolah dan mampu mengurangkan beban jam mengajar guru setiap minggu.

Pengambilan ini terbuka kepada semua graduan lepasan ijazah sarjana muda, namun keutamaan akan diberi kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang mengikut bidang yang ditawarkan. penempatan guru ini merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk memohon jawatan Guru ini pastikan anda membuat pendaftaran dahulu di Laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Di sini dikongsikan 10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Guru

  • Dari segi pemakaian, pastikan anda memakai pakaian yang kemas dan formal semasa temuduga. Perkara wajib yang perlu ada untuk menjadi guru ialah name tag dan pastikan rambut anda pendek dan kemas untuk lelaki yang bagi perempuan pula pastikan memakai baju kurung bagi wanita islam dan pakaian yang sopan bagi bukan islam.
  • Kini zaman teknologi dan cabaran pdpr maka anda perlu tahu serba sedikit berkaitan engenai Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan lain-lain. Sebab kita tak tahu bila sekolah akan dibuka semula dan PDPR akan tamat. 
  • Buat kajian sedikit mengenai PDPR yang ada, online, offline, offside dan gabungan kaedah. semua ini anda boleh dapat maklumat di laman web dan FB KPM.
  • Cuba tanya Ilmu berkaitan app yang biasa guru sekarang guna semasa PDPR untuk membuat kui seperti Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan banyak lagi. Praktis dari sekarang.
  • Melihat kepada situasi semasa COVID-19 besar kemungkinan temuduga ini akan dilakukan secara online seperti temuduga guru sebelum ini. Sila pastikan tempat temuduga anda guna jelas dan lighting ok dan microphone bagi memastikan suara anda jelas semasa membuat rakaman.
  • Praktis cara mengajar dengan anda memilih satu subjek yang anda mohon. Cuba mengajar didepan cermin dan buat rakaman. Lihat kembali samaada penampilan anda yakin dan penyampaian anda menarik tak. Sekiranya tidak cuba buat cariaan di internet.
  • Perkara paling penting kalau dipostingkan dimana - mana negeri berkata setuju dipostingkan di mana - mana negeri dan jangan pilih tempat namun yang sudah jelas sabah, sarawak, johor dan selangor.
  • Seandainnya dipanggil temuduga secara bersemuka pastikan anda yakin, dan boeh praktis cara bercakap yang mengajar dan mesti cakna tentang isu semasa. perkara paling penting jangan anda antivaksin ye..huhu pastikan anda sihat tubuh badan.
  • Pastikan anda menjawab soalan dengan jelas dan lantang jangan sesekali menggunakan bahasa pasar ketika bercakap gunakanlah bahasa formal dan baku. Paling penting, masa nak kenalkan diri mesti guna kata sendi yang betul. Saya berasal 'dari' Kedah. Bukannya Saya berasal 'daripada' Kedah ya. Kang kena setepek awal-awal temuduga.
  • Boleh kongsikan pengalaman mengajar jika pernah mengajar, BBM yang pernah buat, masalah di sekolah dan cara mengatasi.
Bonus, boleh juga nak tumpukan perhatian pada sistem pendidikan Malaysia sekarang, semak balik Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ketahui fungsi SPP dan JPA.

Semoga anda semua berjaya, tinggal 5 hari lagi permohonan akan dibuka.
Unutk membuat permohonan boleh rujuk di sini

Kredit : Farah Nabila

Catat Ulasan

0 Ulasan