Lafaz Takbir Raya AidilAdha
Bertakbir semasa hari raya adalah syiar yang disunatkan kita melaksanakannya. Umat islam diseluruh dunia disunatkan menghidupkan Lafaz Takbir tersebut pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha
- Bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga (maksudnya ialah apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam)
- bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah (Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain)
Baca juga panduan-solat-sunat-aidilfitri
Terdapat 2 Jenis Takir Hari Raya Aidiladha
Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)
- Bermula sebaik terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan sehingga imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya
Takbir Muqayyad (المقيد)
- Bermula bermula dari solat Subuh Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).
0 Ulasan