Panduan Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha 2021 (JAKIM)
Seperti sedia Maklum kapasiti untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha ada terhad bergantung kepada negeri masing - masing ada yang kepasiti keluasan masjid dan ada yang terhad kepada ajk. Selain itu, kita juga dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara maka sebahagian daripada kita akan melakukan Solat Sunat Aidiladha dan khutbah di rumah.
Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan panduan teks khutbah hari raya aidilfitri 2021 di laman portal JAKIM sebagai rujukan kepada mereka yang melakukan solat sunat aidiladha di rumah pada 10 Zulhijjah bersamaan 20 Julai 2021.
Telegram untuk info https://t.me/didik2u
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir
Solat sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
- Dimulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselang selikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Dan memberi salam.
Panduan Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha
- Kita disunnahkan untuk membaca Khutbah sesudah selesai melaksanakan Solat Sunat Hari Raya.Khutbah Aidiladha ini juga sama dengan Khutbah jumaat dari segi rukunnya.
- Tetapi bagi khutbah raya di sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua
0 Ulasan