Iklan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh Iklan jawatan Kosong tersebut. Anda dipelawa untuk mengisi jawatan kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Keutamaan adalah diberikan kepada pemohon yang menetap di negeri Terengganu.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73. Selain itu, KETENGAH diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berikut merupakan senarai jawatan kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Syarat asas kelayakan memohon jawatan kosong :
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Kelayakan akademik mengikut gred jawatan kosong yang dimohon
- Senarai jawatan dan syarat kelayakan jawatan dipohon
CARA MEMOHON
- Permohonan hendahlah menggunakan atas talian sahaja dengan menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH : https://ejawatan.ketengah.gov.my
- Anda perlu membuat pendaftaran dulu baru anda boleh mengisi jawatan kosong tersebut
- Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.
- Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:
1. Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
2. Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan
3. Borang tidak lengkap atau tidak terang
4. Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
CATATAN AM
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.
Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 24 Julai 2021
Sumber : KETENGAH
0 Ulasan