Ticker

6/recent/ticker-posts

Mampukah Aaron Chia/Soh Wooi Yik menumbangkan Muhammad Ahsan/Hendra Setiawan

Mampukah Aaron Chia/Soh Wooi Yik menumbangkan Muhammad Ahsan/Hendra Setiawan

Aaron Chia-Soh Wooi Yik vs Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan

Sukan Olimpik Tokyo 2020 - 2021 telah bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dimana ia merupakan sukan Olimpik temasya yang ke-32 dunia. Tokyo, Jepun menjadi tuan Rumah Sukan Olimpik Temasya yang ke-32 ini.

Telegram https://t.me/didik2u

Temasya Sukan terbesar ini sepatutnya berlansung pada tahun 2020 namun akibat pandemik COvid-19 melanda seluruh dunia maka ia dianjakkan kepada tahun 2021.

Semarai 30 atlet Malaysia yang membawa cabaran Malaysia di Sukan Olimpik 2021 ini. 30 altet Malaysia ini meliputi sukan Memanah (Archery), Olahraga (Athletics), Badminton, Berbasikal (Cycling), Terjun (Diving), Golf, Gimnastik (Gymnastics), Pelayaran (Sailing), Menembak (Shooting) dan Renang (Swimming).

Namun Sukan yang diharap mampu menyumbang pingat pada temasya Olimpik ini ialah sukan badminton. Seperti sedia maklum pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia/Soh Wooi Yik telah memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan beregu badminton lelaki ke atas jaguh pasangan korea selatan iaitu Choi Solgyu-Seo Seung Jae 24-22 21-15.

Namun tugas berat menanti pasangan beregu lelaki negara pada hari ini untuk perlawanan ke-2 peringkat kumpulan apabila menentang pasangan nombor-2 dunia iaitu jaguh indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada pukul 6.20 PM waktu Malaysia.

Mampukah Aaron Chia/Soh Wooi Yik mencatatkan kemenangan pada perlawan petang ini untuk melayakkan beregu lelaki negara ke pusingan seterusnya. sama - sama kita nantikan. Semoga pasukan beregu negara mampu mencatatkn kemenangan ke atas jaguh badminton Indonesia yang tidak asing lagi pada temasya Sukan Olimpik


Catat Ulasan

0 Ulasan