Tips Etika Pakaian Semasa Temuduga Guru
Pengambilan khas Guru Secara one-off akan dibuka permohonan bermula 7 Julai yang melibatkan pengambilan secara besar - besaran iaitu sebanyak 18 ribu guru. Pengambilan guru secara besaran ini untuk menampung kekurangan guru pada negeri yang sangat memerlukan guru iaitu sabah, sarawak, johor dan Selangor.
telegram : //t.me/pengambilan_khas_guru
Baca juga : pemakaian-tanda-nama-mengikut-perkeliling
Permohonan pengambilan guru ini terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dan keutamaan diberikan kepada graduan Ijazah pendidikan. penempatan pengambilan guru baru ini akan bermula Oktober 2021 secara berperingkat. Untuk melayakkan anda menjadi seorang guru selepas memohon anda akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UCKG).
Untuk mendapatkan contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UCKG) anda boleh klik disini
Selepas anda berjaya lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UCKG) barulah anda dipanggil untuk temuduga. Perkara yang sering kali calon temuduga terlepas pandang adalah dari segi pemakaian semasa temuduga Guru. Pemakaian juga mempunyai markah yang akan dinilai oleh panel. Melihat kepada temuduga guru sebelum ini, cara temuduga adalah secara atas talian dimana guru perlu menyedia video berdasarkan kriteria - kriteria yang minta oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tapi untuk temuduga yang ini akan dikemaskini apabila iklan sudah keluar.
Disini dikongsikan Tips Etika Pakaian Semasa Temuduga Guru
Tips etika pakaian semasa temuduga guru
- Penampilan Bagi Guru Lelaki
- Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
- Memakai kasut dan berstokin. (Sandal atau selipar ditegah)
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
- Penampilan Bagi Guru Perempuan
- Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
- Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
- Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
- Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.
baca juga :
0 Ulasan