Ticker

6/recent/ticker-posts

Ukuran Name Tag (Tanda Nama) Guru Yang Betul Mengikut Perkeliling

Ukuran Name Tag Guru Yang Betul Mengikut Perkeliling 

Ukuran Tanda Nama Ynag Betul Mengikut Perkeliling

Apabila masyarakat melihat seseorang memakai Name Tag atau Tanda Nama maka tanggapan pertama masyarakat ialah menganggap dia seorang guru. Hal ini kerana Pemakain Name Tag atau Tanda Nama begitu sinomun dengan Guru dan dengan memakai Name Tag atau Tanda Nama inilah melambangkan seseorang itu bekerja dalam bidang pendidik. 

Namun tidak dapat dinafikan, penjwat awam lain juga turut memakai Name Tag atau Tanda Nama untuk memudahkan urusan orang mengenali seseorang ditempat kerja. Terdapat pelbagai jenis design Name Tag atau Tanda Nama yang digunakan oleh penjawat awam. Namun  hanya 1 sahaja yang menepati pekeliling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara Kesalahan yang biasa dilakukan ialah :

  • Nama di tanda nama 2 perkataan, contoh SITI NORDIANA
  • Mengabungkan ejaan rumi + jawi.
  • Ukuran tidak tepat
  • Meletakkan logo sekolah atau jabatan
  • Tanda Nama diperbuat daripada besi.

  • Peraturan-peraturan berikut telah dikeluarkan sejak 1983 bagi menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama.


    Ukuran Tanda Nama Guru
    • Tanda nama untuk penjawat awam mengikut perkeliling yang betul hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatar belakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm
    • Hanya satu nama sahaja dibenarkan seperti gambar di atas.
    • tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan.
    • Gelaran darjah kebesaran tidak boleh di tulis seperti, keturunan, profesion akademi.
    • nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama
    • Tanda Nama mestilah dipakai pada kedudukan kiri badan kita dan 
    • perlu diasingkan dengan pas keselamatan
    Sila Rujuk SURAT PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 1983 disini dan boleh muat turun sebagai simpanan.

    Untuk Tips Pemakaian semasa temuduga boleh rujuk disini

    Semoga dengan perkongsian ini ia mampu memberi anda kefahaman yang betul tentang Ukuran Tanda Nama bagi penjawat awam, khususnya kepada Guru yang menjadi satu kewajipan memakai tanda nama ketika bekerja.






    Catat Ulasan

    0 Ulasan