Nasi Lemak merupakan menu sarapan pagi tradisi orang Malaysia. Nasi Lemak biasanya di makan bersama telur, bilis dan tinum batang bersama dengan sambal. Namun kini, Nasi lemak sudah di makan dengan pelbagai lauk iaitu ayam masak merah, sotong masak merah, kerang masak merah dan ayam berempah. Nasi lemak juga di makan pada waktu malam pada kini dan mendapat sambutan yang menarik. Nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang mempunyai aroma yang berbeza daripada nasi lemak yang tidak dibalut dengan daun pisang.
Namun, di negeri
Terengganu terkenal dengan Nasi Lemak kuning. Nasi Lemak kuning bermaksud nasi
lemak itu berwarna kuning lauk sama seperti nasi lemak biasa cuma yang
membezakannya adalah nasi berwarna kuning itu sahaja.. Nasi Lemak kuning ini
kebanyakan dimasak oleh orang lama dan sangat terkenal di kampung seberang
takir Terengganu.
Cara Memasak Nasi Lemak Kuning
Bahan - bahannya ialah :
Bahan untuk Nasi
- Beras 2 pot
- Santan pekat dalam rm2
- Daun pandan
- Serbuk Kunyit
- Garam secubit
- Air gune sukatan yang same dengan sukatan beras (1/2 pot)
Cara Kukus ikan aye / tongkol
- Ikan aye/tongkol
- Air
- Asam keping
- Garam
- Daun pandan
Cara Masak Sambal Nasi Lemak
- Bawang besar 4 biji
- Bawang putih 3 ulas(blend sekali)
- Tumis sekali dgn cili mesin
- Renih atas dapur
- Kemudian letok nisan 1 kerek, perasa (sy gune hilal), garam, sos cili dalam 4 sudu besar, letok sedikit air kukusan ikan aye td.. Letok daun pandan (tumiskan sekali)
- Lepas tu tabur atas ikan aye yang direbus td..
0 Ulasan