Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Labu Air Sedap

Resepi Labu Air Sedap

Resepi Labu Air


Bagi mereka yang mencari resepi masakan labu. Resepi Labu air merupakan salah satu resepi masakan yang mudah yang mempunyai rasa dan kelazatan yang menjilat jari. hal ini kerana masakan labu air ini mempunyai daya tarikannya tersendiri seperti lauk ikan singgang.

Telegram Masakan_Terengganu

Menu Labu air ini salah sesuai bagi mereka yang tidak berminat untuk masakan bersantan.  Menu labu air ini mestilah dimakan bersama dengan ikan selayang. Hal ini kerana ikan selayang mempunyai kemanisannya tersendiri dan sangat sesuai dimakan bersama lauk ini. Lauk Labu air ini juga per mempunyai sambal belacan bagi menaikkan lagi kenikmatan lauk ini apabila dimakan.

Bahan-bahan untuk membuat labu air

  • Labu air
  • Daun kesum
  • Ikan selayang
  • Budu
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Hilal

Cara-cara Labu Air

  • Rebus ikan selayang dalam 3 ekor.  Kemudian ambil isi ikan dan tumbuk hingga lumat
  • Blander bawang merah dalam 3ulas bersama lada hitam
  • Masukkan labu air yang telang dipotong ke dalam periuk dan masukkan sekali daun kesum
  • Masukkan isi ikan tadi dan masukkan bahan yang telah di blend
  • Masukkan sedikit air dalam  1 / 2 gelas air
  • Masukkan budu dalam 2 1/2 senduk
  • Masukkan sedikit garam dan hilal
  • Biarkan labu air masak

Bahan - bahan untuk sambal belacan

  • Belacan
  • bawang besar
  • cili padi
  • cili besar
  • limau kasturi
  • garam
  • gula

Cara - cara membuat sambal belacan

  • Bakar belacan bawang sehingga naik bau.
  • Tumbuk belacan dan bawang yang dibakar bersama cili padi dan cili besar.
  • Kemuudian perahkan air limau kasturi kedalam sambal belacan
  • hiriskan kulit limau kasturi secara nipin dan masukkan dalam sambal belacan.
  • masukkan gula dan garam dan gaul bagi rata.siap

* Nota :jangan biarkan labu air masak terlalu lama sebab nanti labu air akan hancur*

*Nota : ikan selayang digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng sehingga masak*

Baca juga :

Catat Ulasan

0 Ulasan