Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Menghasilkan Video Menggunakan Power Point

Cara Menghasilkan Video Menggunakan Power Point

power point


Sesi pembelajaran PdPR kembali lagi iaitu bermula pada 16 Mei bagi kumpulan A dan 17 Mei bagi kumpulan B. PdPR ini memerlukan pelajar mempunyai internet dan gajet seperti telefon mudah alih atau komputer. Maka apabila PdPDR berlansung susah bagi guru - guru hendak memastikan kehadiran pelajar secara 100%.

Hal ini disebabkan kerana ada sesetengah pelajar tidak mempunyai telefon dan hanya boleh menggunakan telefon ibubapa pada waktu malam sahaja. Maka guru perlu kreatif dalam memastikan PdPDR berjalan dengan lancar.

Kaedah PdPDR tidak semestinya terikat dengan waktu kelas. Hal ini kerana seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Maka untuk memastikan semua pelajar mendapat input daripada topik yang diajar guru Maka guru boleh lah membuat video pengajaran dan menghantar kepada gorup whatsapp atau telegram pelajar agar semua pelajar dapat melihat video tersebut tak kira waktu.

Namun Bagaimana nak menghasilkan video??

Dengan menggunakan Microsoft Power Point guru boleh menghasilkan video PdPR dengan mudah. Namun harus diingat untuk menghasilkan rakaman menggunakan Microsoft Power Point ia hanya boleh dilakukan pada Micsoft Power Point Versi 2010 dan ke atas.

Disini disertakan cara menghasilkan video menggunakan power point

  • Langkah pertama buka dauhlu Perisian Microsoft Power Point. 
  • Cari 'Recording' di bahagian atas ada tulis ‘Recording’. Bagi yang tiada jangan bimbang, ikut langkah ini:
  • Buka Powerpoint – Klik File (di Tepi Kiri) – Option – Customize Ribbon – Di Main Tab Tick Recording, rujuk gambar di bawah:

Cara Menghasilkan Video Menggunakan Power Point
Selapas anda sudah selesai setting maka anda sudah boleh membuat rakaman dan sediakan slide rakaman siap - siap sebelum memulakan rakaman.

 
Cara melakukan Rakaman:

  • Buka slide powerpoint anda yang telah siap.
  • Tekan Recording – Pilih Record Slide Show
Cara Menghasilkan Video Menggunakan Power Point

  • Apabila paparan recording telah keluar anda sudah boleh merakam. Tekan pada no-2 pada gambar diatas.
  • Apabila merakam anda boleh bercakap dan pastikan anda mempunyai MIC atau earphone untuk mendapatkan kualiti suara yang jelas.
  • Kalau anda menggunakan laptop anda boleh membeli webcam untuk kualiti video yang cantik dan micrphone untuk kualiti suara yang jelas.
  • Selepas selesai bolehlah anda save video berkenaan.
  • File - pilih save as - pilih MP4 dan save
  • Selesai.
Selamat mencuba..semoga perkongsian ini mampu membantu anda semua dalam menghasilkan video.



Catat Ulasan

0 Ulasan