Ticker

6/recent/ticker-posts

PANDUAN SOLAT TARAWIH

PANDUAN SOLAT TARAWIH

PANDUAN SOLAT TARAWIH

Bagi Semua umat islam diseluruh dunia, setiap tahun Umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan Ramadhan yang mulia, semua umat islam di seluruh negara akan diwajibkan berpuasa. Ramadhan merupakan bulan yang seluruhnya terdapat Rahmat, seluruhnya mendapat keampunan dan seluruhnya terdapat pembebasan dari Api Neraka.

Baca juga niat-puasa-bulan-ramadhan

Pada Bulan Ramadhan ini,  kebiasaanya di Malaysia kita akan melihat kelompok - kelompok masyarakat memeriahkan malam - malam pada bulan mulia ini dengan melakukan Ibadat Solat Sunat Terawih, Solat Sunat Witir, Tadarus Al-Quran dan banyak lagi. Dalam bulan Ramadhan ini, ada satu malam yang sangat 'istimewa' iaitu di kenali sebaai malam Lailatul Qadr.

Telegram https://Amalan 10 malam terakhir Ramadhan
Facebook facebook.com/10 malam terakhir

Apa itu Malam Lailatul Qadr ?? 

Firman Allah dalam surah Al-Qadr ayat ke-3 yang memberi maksud Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain. Rasulullah SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud Bagi sesiapa yang mendirikan Solat pada waktu malam iaitu Solat Terawih pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhalasan maka Allah akan ampunkan semua dosa yang lalu.

Hukum Solat Sunat Tarawih

Hukumnya adlah Sunat Muakkad (sangat dituntut melakukannya) bagi lelaki dan perempuan.

Hukum Solat Sunat Tarawih


Lafaz Niat Solat Tarawih

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya "Sahaja Aku Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat Sebagai Imam Kerana Allah Taala"

niat solat terawih
Maksudnya "Sahaja Aku Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat Sebagai Makmum Kerana Allah Taala"

Cara Solat Tarawih

Solat Tarawih ini di dirikan sama seperti solat sunat yang lain iaitu Dua Rakaat dan Satu Salam. Solat Sunat Tarawih ini dilakukan sama 8 rakaat 4 salam atau 20 rakaat 10 salam.

Sama-samalah kita meningkatkan segala Amal Ibadat dan Kebajikan pada Bulan Ramdahan yang mulia ini.

Baca juga

Catat Ulasan

0 Ulasan