Ticker

6/recent/ticker-posts

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia yang ke 7 bagi tahun 2021

 Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia yang ke 7 bagi tahun 2021

Kerancakan Liga Super Malaysia diteruskan lagi pada hari ini iaitu 6-7 April 2021 perlawanan ke-7 melibatkan semua pasukan Liga Super Malaysia 2021. Namun tidak dinafikan kewibawaan pasukan Harimau Selatan iaitu JDT dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan teratas Liga Super Malaysia tetapi dalam masa yang sama Pasukan di tangga ke-2 dan ke-3 serta ke-4 iaitu Kedah , Terengganu dan Penang FC tidak ketinggalan dalam memberi saingan kepada pasukan JDT dalam perebutan kedudukan teratas Lia Super Malaysia.

Kedudukan Teratas Liga Super Malaysia masih terbuka kepada kepada 5 pasukan teratas dan perbezaan mata antara JDT dengan Kedah hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja manakaa perbezaaan mata antara JDT dengan terengganu dan Penang fc hanyalah 3 mata sahaja. ia menambahkan lagi kerancakan perebutan kedudukan Teratas Liga Super Malaysia 2021.

Pasukan Harimau Selatan iaitu JDT masih belum kalah kesemua perlawanan adakah pasukan JDT mampu mengekalkan rekod kemenangan pada hari ini menentang pasukan Negeri dibawah bayu iatu pasukan Sabah FC.

Berikut merupakan jaduan perlawanan Liga Super Malaysia (Selasa, 06/04/2021)

Sabah FC vs JDT (jam 8.15 malam)

Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC (9 malam)

Melaka United FC vs Penang FC (9 malam)

Sri Pahang FC vs Terengganu FC (9 malam)

Berikut merupakan jaduan perlawanan Liga Super Malaysia (Rabu, 07/04/2021)

Perak FC vs UITM FC (9 malam)

PJ City FC vs Kuala Lumppur FC (9 malam)

*Penonton dibenarkan masuk ke stadium untuk perlawanan Liga Super, Tertakluk kepada kouta penonton yang ditetapkan*



Catat Ulasan

0 Ulasan