Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGGUNAAN LAMPU PUTIH PADA KERETA ANDA SANGAT BAHAYA

PENGGUNAAN LAMPU PUTIH PADA KERETA ANDA SANGAT BAHAYA

Ramai rakyat Malaysia menyukai penggunaan lampu putih pada kereta mereka. Hal ini demikian kerena, penggunaan lampu putih ketika melakukan pemanduan pada waktu malam ia memberi lebih kecerahan kepada pemandu tersebut. Namun, ramai pemandu yang menggunakan lampu putih tidak sedar akan penggunaan lampu putih ini memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Lampu putih yang dimaksudkan yang digunakan pada kereta anda adalah lampu putih yang ditukar bukan lampu putih asal pada kereta anda. Seperti yang kita tahu, kebanyakan kereta import di datangkan dengan lampu putih namun penggunaan lampu putih yang asal daripada pengeluar kereta adalah sesuai untuk pemandu dan pengguna jalan raya lain kerena ianya tidak silau.

Penggunaan lampu putih yang silau biasanya berlaku kepada kereta yang menukar daripada kuning ( lampu asal kepada lampu putih). Penggunaan cahaya lampu putih ini menyebabkan pengguna jalan raya yang lain  menjadi silau dan ini mrupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya.

Penggunaan Lampu putih ini lebih parah apabila keadaan cuaca hujan. Hal ini demikian kerana, cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan air hujan secara tidak langsung ia menganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain. Seperti sedia maklum di Malaysia kemalangan Jalan Raya Merupakan penyebab nombor satu pembunuh utama negara. 

Jangan Pentingkan Diri, Anda tidak Sendirian di Jalan Raya

                                                                    Kredit Foto

Catat Ulasan

0 Ulasan