Ticker

6/recent/ticker-posts

APA ITU FIDYAH

APA ITU FIDYAH

Definisi Fidyah

  • Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada orang yang baligh yang beragama islam kerana meninggalkan puasa wajib kerana sebab - sebab tertentu dan melewat -lewatkan puasa ganti Ramadhan (qada) dengan sengaja.
*Hukum Fidyah adalah wajib*


Golongan yang wajib membayar Fidyah dan Qada puasa ialah

  • wanita hamil yang berpuasa ramadhan yang bimbang akan keselamatan kandungannya. 
  • Wanita yang menyusu anak yang bimbang akan keselamatan bayinya ketika berpuasa ramadhan..
  • Untuk kes wanita yang tidak berpuasa keran bimbang akan keselamatan kehamilan bayinya, menyusu bimbang akan keselamatan bayinya, kerana datangnya haid, atau musafir dan orang sakit kemudian ia sembuh, jika tidak menqadakan puasa dengan segera hingga masuk ramadhan tahun hadapan.
  • Wanita yang datang haid ketika ramdhan dan tidak menggantikannya sebelum ramadhan tahun hadapan.
Golongan yang kena Fidyah sahaja ialah :
  • Orang Tua yang Uzur yang tidak mampu berpuasa pada bulan Ramadhan
  • Orang Sakit dan tiada harapan untuk sembuh.

Golongan yang kena Qada sahaja ialah :

  • Wanita yang menyusukan anak yang bimbang akan keselamatannya dirinya sendiri jika berpuasa ramadhan.
  • Wanita yang hamil yang bimbang akan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadhan.
  • orang yang musafir dan berbuka kerana musafir.
  • Orang Sakit sehingga tidak mampu berpuasa kemudian sembuh semula.
                                                                Kredit foto JAKIM

*Hukum Fidyah adalah wajib*

Sumber PPZ

Catat Ulasan

0 Ulasan