Ticker

6/recent/ticker-posts

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2021

 SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2021

Kepada pelajar lepasan Tingkatan 3 yang ingin memasuki ke Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik, Kolej Vokasional (KV) dan Maktan Tentera Diraja (MTD) perlulah melalui Proses Pentaksiran yang dilaksanakan Oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Seperti kita maklum, bermulanya tingkatan 4 ini pelajar akan memilih bidang yang diminati untuk mencapai cita-cita yang diingini. Akibat Pandemik Covid-19 pada tahun lepas kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menjalankan  proses pentaksiran Khusus kepada pelajar lepasan Tingkatan 3 untuk ke Sekolah Khusus. Kenapa Pentksiran Khusus perlu dilakukan untuk ke Sekolah Khusus?? Hal ini Demikian Kerana, Setiap pelajar ada cita-cita yang ingin dicapai dan Pentaksiran Khusus ini juga yang memastikan sama ada, pelajar tersebut layak atau tidak untuk ke skolah yang di inigini.

Seperti sedia maklum, ada pelajar selepas UPSR ingin ke sekolah Berasrama Penuh tetapi tidak dapat kerana keputusan tida mencapai syarat ke kemasukkan ke Sekolah Berasmara Penuh jadi cara untuk pelajar ke Sekolah Asrama penuh Pada tingkatan perlu membukti melalui Pentaksiran Khusus yang dilakukan Oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, bagi pelajar yang minat dalam bidang kemahiran boleh menceburi ke Kolej Vokasional kerana Kolej Vokasional misinya dalah melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang kemahiran yang diceburi yang memenuhi kehendak IR 4.0.

Sehubungan dengan itu, semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus Bagi Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh disemak pada tarikh berikut :

Tingkatan 1 : Jenis Sekolah (SBP,SMKA) = 19 MAC 2021

Tingkatan 4 : Jenis Sekolah (SBP,SMKA, SMT) = 23 MAC 2021

Tahun 1SVM : Jenis Sekolah (KV) = 23 MAC 2021

Tingkatan 4 : Jenis Sekolah (MTD) = Tarikh Temuduga (23 MAC 2021)

Peringatan 

Tingkatan 1 semakan tawaran : https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Tingkatan 4 semakan tawaran : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm



                                                            Kredit Foto KPM

Catat Ulasan

0 Ulasan