PENGECUALIAN CUKAI LHDN
Berikut merupakan Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai.
Definisi Cukai Pendapatan ialah cukai dikenakan pada pendapatan individu atau perniagaan (syarikat atau badan hukum lain).
E-filing oo E Filing dye datang lagi!!
Jom tengok apa pelepasan cukai (Tax relief) yang kita boleh claim untuk Tahun 2020 :-
1) Diri sendiri (Self)
a) Individu dan saudara tanggungan - 9,000 (Automatik)
b) EPF - 4,000 (terhad)
c) Insurans nyawa - 3,000 (terhad)
(Bagi penjawat awam berpencen - Insurans nyawa - 7,000 (terhad))
d) SOCSO - 250 (terhad)
e) Insurans perubatan dan pendidikan - 3,000 (terhad)
2) Gaya hidup (Lifestyle)
a) Pembelian buku, majalah, suratkhabar, komputer, tablet, smartphone, peralatan sukan & bil langganan internet - 2,500 (terhad)
b) Pelepasan tambahan - Belian komputer, tablet & smartphone untuk kegunaan diri sendiri, pasangan dan anak (1 Jun 2020 - 31 Dis 2020) - 2,500 (terhad)
3) Penjagaan kanak-kanak (Childcare)
a) Anak bawah 18 - 2,000
b) Anak atas 18 & belajar peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan & pra ijazah - 2,000
c) Anak atas 18 & belajar di peringkat diploma ke atas - 8,000
d) Peralatan penyusuan untuk anak bawah 2 tahun (Setiap 2 tahun) - 1,000 (terhad)
e) Yuran penghantaran anak tadika (6 tahun ke bawah) - 3,000 (terhad)
4) Simpanan & pelaburan (Saving & investment)
a) Tabungan bersih dalam SSPN - 8,000 (terhad)
b) Skim persaraan swasta (PRS) - 3,000 (terhad)
5) Ibubapa (Parents)
a) Perbelanjaan rawatan perubatan ibubapa - 5,000 (terhad)
ATAU
b) Ibu terhad 1,500 dan bapa terhad 1,500
6) Ketidakupayaan (Disabilities)
a) Individu kurang upaya - 6,000
b) Suami/isteri kurang upaya - 3,500
c) Anak kurang upaya - 6,000
d) Pelepasan tambahan untuk anak kurang upaya berusia 18 tahun ke atas dan belajar peringkat diploma ke atas - 8,000
e) Peralatan sokongan asas - 6,000 (terhad)
7) Lain-lain (Others)
a) Suami/isteri/bayaran alimoni kepada bekas isteri - 4,000
b) Yuran pengajian sendiri - 7,000 (terhad)
- Sarjana & PHD
- Selain Sarjana & PHD (Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi)
c) Perbelanjaan perubatan penyakit serius (Diri sendiri, pasangan dan anak) & Belanja rawatan kesuburan - 6,000 (terhad)
d) Perbelanjaan domestik (Penginapan dan bayaran masuk pusat percutian selepas 1 Mac 2020) - 1,000 (terhad)
Sumber Maya Amir
untuk keterangan lanjut boleh lajari laman utama LDHN :
0 Ulasan