Ticker

6/recent/ticker-posts

ADAKAH SELAMAT PENDRIVE ANDA SEKIRANNYA DICABUT SECARA SERTA - MERTA TANPA SAFELY REMOVE

ADAKAH SELAMAT PENDRIVE ANDA SEKIRANNYA DICABUT SECARA SERTA - MERTA TANPA SAFELY REMOVE


                                                             Sumber Google

kenapa Windows 10 mewujudkan safely remove untuk mencabut pendrive daripada komputer??kebiasannya windows 10 mewujudkan safely remove untuk mencabut pendrive ialah kerana ini melindungi pendrive seseorang daripada rosak dan dapat bertahan lebih lama jangka hayatnya.Seperti kita maklum, seandainya kita mencabut pendrive secara mengejut ia akan mengakibatkan akan berlakunya kerosakan pada pendrive tersebut.

kerosakan itu merangkumi kerosakan pendrive akibat kehilangan data secara mengejut. namun ada dalam kalangan kita yang membuang pendrive secara mengejut tidak berlaku kerosakan pada pendrive..fakta  tersebut salah kerana untuk mengakibatkan pendrive tersebut rosak dia memerlukan masa. setiap kali kita mencabut secara mengejut secara berkurang kesihatan pendrive kita.

kenapa dengan menekan safely remove untuk remove pendrive tidak mengakibatkan berlakunya kerosakan pada pendrive?? Hal ini demikian kerana, dengan menekan safely remove untuk membuang pendrive bermaksud kita memberi masa kepada windows supaya menunggu apa - apa pemindahan data untuk siap dan menghalang daripada pemindahan data tidak lengkap secara mengejut.

Seperti kita sedia maklum, sekiranya kita mencabut pendrive secara mengejut ia bermaksud pendrive tersebut belum sedia untuk dicabut dan sudah tentu akan ada risiko sekiranya pendrive tersebut belum bersedia untuk dicabut dan antara risikonya seperti diatas itu kerosakan pendrive dan kehilangan data.

Sekiranya kita menggunakan safely remove hardware bermaksud kita mengucapkan selamat tinggal atau salam perpisahan sert isyarat kepada komputer yang kita sudah ready untuk mencabut pendrive tersebut.

kesimpulannya, dengan menggunakan ciri Quick Removal, kita semua tidak perlu risau untuk mencabut pendrive secara serta merta namun pastikan anda sudah selesai menyalin atau memindahkan data antara komputer dengan pendrive, barulah anda mencabut pendrive tersebut seperti biasa,

pada tahun 2019, microsoft telah mengeluarkan polisi baharu iaitu boleh membuang pendrive secara mengejut tanpa memberi kesan pada pendrive dan data. Polisi baharu ini dinamakan Quick Removal yang telah di built in bermula kemaskini Windows 10 1809 pada tahun tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan