Ticker

6/recent/ticker-posts

VAKSIN PERTAMA COVID-19 SUDAH SAMPAI KE MALAYSIA HARI INI

VAKSIN PERTAMA COVID-19 SUDAH SAMPAI KE MALAYSIA IAITU VAKSIN ( PFIZER BIONTECH )

RINGKASAN PERGERAKAN VAKSIN KE MALAYSIA

1. Vaksin pertama COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech tiba di KLIA ( Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ) pada jam 10.00 pagi menerusi pesawat penerbangan Malaysia Airline ( MAS ) MH604 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

2. Pihak Pfizer dan DHL yang menguruskan vaksin ini melalui perjanjian peringkat global dan kilang vaksin ini adalah di Belgium. Perjalanan Vaksin ini bermula dari Puurs ke Belgium dan transit di Leipzia Halle Airport dan ke singapura untuk diedarkan ke negara - negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.

3. Tiba vaksin ini ke Malaysia ia dikendali oleh pihak DHL Express juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.

4. YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Dato Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai tertinggi dari KKM, MOSTI dan MOT hadir sama menyambut ketibaan pertama vaksin Pfizer-BioNTech ini.

MENGENAI VAKSIN COVID-19 YANG DIPEROLEHI MALAYSIA
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.
Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.
FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAN KUMPULAN SASAR
Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaanpada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.
Ada tiga peringkat Program Imunisasi:
Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan;
Fasa 2 (April – Ogos 2021):warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan
Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.


                                      Kredit FB KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia )


Catat Ulasan

0 Ulasan